InvisionFree - Free Forum Hosting
Enjoy forums? Start your own community for free.

Learn More · Register for Free
Welcome to Jalinanmesra. We hope you enjoy your visit.


You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free.


Join our community!


If you're already a member please log in to your account to access all of our features:

Name:   Password:


 

 Agensi-Agensi Pengambilan Pelajar Penipu, Agensi-Agensi Pengambilan Pelajar Penipu
mystique
Posted: Apr 8 2006, 09:32 PM


:: Sahabat Junior ::


Group: Ahli
Posts: 3
Member No.: 384
Joined: 8-April 06



Penipuan di kalangan syarikat ‘perkhidmatan pendidikan’ yang mendakwa diri mereka sebagai agen pengambilan pelajar untuk universiti- universiti luar Negara amatlah membimbangkan. Mereka yang tidak bertanggungjawab ini mengambil kesempatan terhadap keprihatinan para ibu bapa dan pelajar yang semakin menitikberatkan kepentingan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM ataupun STPM.

Pihak yang tidak bertanggungjawab ini biasanya mendakwa diri mereka agen universiti luar Negara seperti New Zealand, Rusia, India, United Kingdom, Indonesia, German dan menawarkan perlbagai kursus untuk mengabui mata para pelajar. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah kursus-kursus seperti kedoktoran, kejuruteraan, pergigian, akaun dan sebagainya.

Kita semua sudah maklum bahawa kursus-kursus yang berkenaan amatlah diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia, dan pihak kerajaan kita sendiri tidak membenarkan IPTA dan IPTS mengambil pelajar yang tidak mempunyai kelulusan yang sewajarnya ke kursus-kursus professional seperti kedoktoran dan kejuruteraan. Akan tetapi, agensi-agensi pengambilan pelajar ke universiti luar Negara kebanyakannya menerima para pelajar yang tidak mempunyai kelulusan yang baik. Mereka mengamalkan polisi ‘siapa ada wang, tidak kira apa kelulusannya, dia boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang diingini’.

Biasanya, agensi-agensi yang hina ini mengiklankan perkhidmatan mereka di media cetak, dan dengan mudahnya para ibu bapa dan pelajar tertipu oleh iklan-iklan ini. Kebanyakan kursus yang ditawarkan oleh agensi-agensi pengambilan pelajar ini biasanya tidak diiktiraf oleh Kementrian Pelajaran Tinggi Malaysia. Saya amat pasti, kerana mereka yang tidak bertanggungjawab ini langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Kementrian Pelajaran Tinggi Malaysia. Mereka biasanya tidak memberitahu para pelajar yang mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan adalah tidak diiktiraf di Malaysia, dan apabila para pelajar susah habis mengikuti kursus-kursus berkenaan, barulah mendapati bahawa ia langsung tidak tiiktiraf di Malaysia.

Sebagai contoh, sekiranya seseorang pelajar mengambil kursus undang- undang di United Kingdom, dia tidak boleh mempraktikkan undang-undang di Malaysia dan biasanya akan disuruh mengambil peperiksaan semula ataupun belajar selama beberapa tahun lagi di Malaysia sebelum lesen peguam mereka boleh diperakui. Bukankah ini hanya membazir wang, tenaga dan masa sahaja? Saya amat kecewa sekali dengan tindakan agensi-agensi yang hanya mementingkan wang ini. Mereka bagaikan merompak di siang hari! Agensi-agensi berkenaan bukan sahaja mengaut ratusan ringgit dari para pelajar yang ingin melanjutkat pelajaran mereka ke luar Negara dalam budang yang diingini, jumlah wang yang dikaut mencecah puluhan ribu ringgit. (Biasanya dalam matawang US Dollar, Pounds dan Euro).

Saya berharap pihak media dapat memaparkan isu ‘Agensi Pengambilan Pelajar Ke Universiti Luar Negara’ ini dengan lebih mendalam. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan bertanggungjawab, saya tidak berharap para ibu bapa dan pelajar terus ditipu secara terang-terangan oleh mereka yang hanya ingin mengambil kesempatan terhadap keprihatinan pelajar terhadap masa depan mereka.

Top
« Next Oldest | Isu Semasa | Next Newest »
DealsFor.me - The best sales, coupons, and discounts for you

Topic Options Quick Reply




Hosted for free by InvisionFree* (Terms of Use: Updated 2/10/2010) | Powered by Invision Power Board v1.3 Final © 2003 IPS, Inc.
Page creation time: 0.1531 seconds | Archive