| · :: Komuniti JalinanMesra :: · Portal |
Help
Search
Members
Calendar
|
| Welcome Guest ( Log In | Register ) | Resend Validation Email |
Join the millions that use us for their forum communities. Create your own forum today. | Welcome to Jalinanmesra. We hope you enjoy your visit. You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free. Join our community! If you're already a member please log in to your account to access all of our features: |
![]() ![]() |
| nazirah |
|
|
:: Sahabat Kirana :: Group: Ahli Posts: 23 Member No.: 144 Joined: 5-May 05 |
bola badminton melantun-lantun.. ade match kat batu kikir .... tadak sapa pon yg dok bepantun... tadak idea ka...maleh nak pikir .... -------------------- yOu'lL neVer WalKed aLONe........
SejahTera laH ke aTAs kaMu sEKaliaN. |
| mie |
|
|
:: Sahabat Junior :: Group: Ahli Posts: 8 Member No.: 176 Joined: 10-June 05 |
Jangan di ambil batu kelikir..,
dilarang AWAS walaupun sebutir.., bukan takder sesiapa nak pikir.., sebab takut di sambar petir.. |
| mie |
|
|
:: Sahabat Junior :: Group: Ahli Posts: 8 Member No.: 176 Joined: 10-June 05 |
Bertudung -vs- Berfesyen From: mie Pakai tudung tapi bertelanjang Itulah gaya orang sekarang Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang Yang mana kendur yang mana tegang Baju nipis nampak bayang Peha gebu saja ditayang Lebih baik tak pakai baju senang Dah tentu boleh tunjuk terang-terang Baju ketat seluar sendat Pakai tudung just ikat-ikat Dari mula memang bukan adat Disudut agama pun gaya tak berkat Tudung jarang baju nipis Pakai sikit boleh nampak 'garis' Mata orang terbeliak, kita membengis Bila kena kutuk, kenapa menangis Lengan pendek blaus gantung Jeans ketat melekat dipunggung Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung Agama tak suruh pun kita berselubung Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah Kalau takat rambut orang kurang ghairah Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah Mata yang memandang boleh keluar darah Kebaya ketat, kain terbelah Ikat tudung macam tak sudah Nak ikut suruhan agama memang tak mudah Tapi Islam sebenarnya indah Dah kalau mula minat nak bertudung Cubalah sesuaikan apa yang disarung Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung' Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung Bertudung itu bukan satu paksaan Ianya lebih kepada keinsafan Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan Asal menutup aurat itu tuntutan Kalau dianggap susah, tu sebab bosan Yang ye nya hati tak berkenan Tu yang berjela-jela mencipta alasan Menutup aurat satu syariat Kepada agama kita taat Hidup berkat pahala berlipat-lipat Didunia selamat, di akhirat hebat Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat Mentelah pula berfesyen tak kena tempat Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis? Kita memang hidup dalam era serba maju Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu' Kita pun susah kenal, manusia ke hantu Bertudung bergaya biarlah yang sempurna Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa Pun tak usahlah juga terlebih gaya Islam itu suka yang sederhana Kenalah pula kita wanita bekerjaya Fesyen busana muslimah yang paling kena Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je Sebab agama sendiri menggalakkan kita selesa Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua Kalau sendiri memandang muka pun layu je Orang dok mengata, kita pun rasa terhina Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula Siapa kata kita tak boleh berwarna Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa' Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat Baik tak le payah berpura nak tutup aurat Kalau dah memang rasa nak berubah Peduli kata orang bukan dia yang susah payah Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah Bersamalah kita mengkaji semula Pakaian kita yang bagaimana gayanya Andai belum betul-betul bersedia Janganlah kita mencemar kesuciannya Andai terasa hidayah menyinggah Lakukan yang betul mengikut sunnah Menutup aurat jangan sekali dirasa payah Mengapa diperleceh, itukan perintah Andai dihati redha dan ikhlas Diwajah Nur terpancar jelas Walaupun bergaya tak berapa 'kelas' Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas Harap maaflah kalau terlalu panjang Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan Berpantun seloka bukan setakat hiburan Yang mana betul jadikan pedoman. |
| nazirah |
Posted: Jun 20 2005, 05:15 AM
|
|
:: Sahabat Kirana :: Group: Ahli Posts: 23 Member No.: 144 Joined: 5-May 05 |
pi kedai mamak ngan pa' an
pa' an teringin nak makan roti nan ... pakai tudung ikotle "suruhan" jangan itu pon dibuat mainan ... time kasih daun keladi kalo ade ... bubuh le lagi ...... -------------------- yOu'lL neVer WalKed aLONe........
SejahTera laH ke aTAs kaMu sEKaliaN. |
![]() |
![]() ![]() |