| · :: Komuniti JalinanMesra :: · Portal |
Help
Search
Members
Calendar
|
| Welcome Guest ( Log In | Register ) | Resend Validation Email |
| Welcome to Jalinanmesra. We hope you enjoy your visit. You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free. Join our community! If you're already a member please log in to your account to access all of our features: |
![]() ![]() |
| mie |
|
|
:: Sahabat Junior :: Group: Ahli Posts: 8 Member No.: 176 Joined: 10-June 05 |
kisah pencari kayu
Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka tersebutlah kisah seorang pencari kayu. Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas. Beliau tinggal di pinggir hutan bersama isteri tersayang, hidup bahagia walaupun tiada cahayamata. Suatu hari, ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam sungai. Si pencari kayu berasa sedih kerana satu satunya kapak yang merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu. Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari-pari dan bertanya pada si pencari kayu, "Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?". Si pencari kayu pun memberitahu keadaan hal yang berlaku. Pari-pari tadi turun ke dalam sungai dan muncul dengan membawa kehadapan pencari kayu sebilah kapak emas. "Adakah ini kapak milik tuan hamba?", tanya pari-pari. "Bukan... . ", jawab si pencari kayu ringkas. Pari-pari turun semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa kapak dari perak. "Yang ini tuan hamba punya?" tanya pari-pari lagi. "Bukan yang ini", jawab si pencari kayu. Sekali lagi pari-pari turun kedalam sungai kali ini membawa kapak dari gangsa. "Err. . mungkin yang ini?", duga pari pari. "Pacal yang hina ini tidak mempunyai kapak.. yang bernilai ini", jawab sipencari kayu jujur.Akhirnya pari-pari turun ke dalam sungai dan naik memegang kapak besi milik si pencari kayu. "Ya, inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam sungai tadi". Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu, maka pari pari memberi kesemua ke empat empat kapak kepada si pencari kayu. Si pencari kayu pulang ke rumah begitu gembira sekali. Selang beberapa tahun, si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi sungai menuju ke pekan. Si isteri tersadung kaki pada batu lalu terjatuh ke dalam sungai tidak timbul- timbul. Maka meratap menangis si pencari kayu atas kehilangan isteri tercinta. Pari-pari muncul lagi lalu bertanya akan hal keadaan yang menimpa si pencari kayu. Dengan nada sedih beliau berkata, "Isteri hamba jatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul. . . " Dengan segera pari-pari turun ke dalam sungai kembali bersama samanya Siti Nurhaliza. "Inikah isteri tuan hamba?", tanya pari pari menduga. "Yes. . yes", jawab si pencari kayu. Pari pari begitu marah, "Penipu, pembohonggg.!!!, .unta bagdad!! ., kelabu asap !! .. mak yun dedek..!!kuntau jepong!! haruan makan anak!! dah tua !!,tidak sedar diri..!! , nah terima laaa. . .", belum sempat pari-pari habis menyumpah, si pencari kayu berkata, "Maafkan hamba! Bukan niat hamba berbuat demikian. Ini hanya salah faham. Jikalau hamba berkata "TIDAK", tentu tuan hamba akan muncul dengan Maya Karin, zety salini dan selepas itu Wardina. Akhirnya jikalau tuan hamba muncul bersama isteri hamba dan hamba kata "YA", tentu tuan hamba akan memberi ke empat-empat mereka. Mana hamba larat tanggung, hamba ni hanya si pencari kayu sahaja. kemudian pari-pari terus tersenyum serta ketawa yg teramat sangat. selepas mengembalikan semula isterinya yg hilang itu. .,pari-pari tidak muncul lagi sehingga ke hari ini. |
| thelyaa |
Posted: Dec 2 2005, 03:15 AM
|
|
:: Sahabat Junior :: Group: Ahli Posts: 5 Member No.: 306 Joined: 1-December 05 |
|
| fallinginlove |
|
|
:: Sahabat Junior :: Group: Ahli Posts: 6 Member No.: 405 Joined: 1-May 06 |
|
| khadeeja |
|
|
:: Sahabat Junior :: Group: Ahli Posts: 1 Member No.: 415 Joined: 11-May 06 |
[SIZE=7][COLOR=purple][B]how funny it is.....
-------------------- seSegar bUah leMon
|
| ros_megha |
Posted: Aug 3 2006, 07:51 AM
|
![]() :: Sahabat Junior :: Group: Ahli Posts: 3 Member No.: 523 Joined: 3-August 06 |
hehehe
|
| shamushid |
Posted: Mar 22 2008, 09:10 AM
|
|
:: Sahabat Junior :: Group: Ahli Posts: 3 Member No.: 693 Joined: 17-March 08 |
he...........
-------------------- Mudah, Murah, Menguntungkan
www.smartreload.net |
![]() |
![]() ![]() |