Fully Featured & Customizable Free Forums
InvisionFree - Free Forum Hosting
Welcome to Jalinanmesra. We hope you enjoy your visit.


You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free.


Join our community!


If you're already a member please log in to your account to access all of our features:

Name:   Password:


 

 sunah tido t/hari
tinta_hati
  Posted: Apr 6 2004, 03:43 PM


:: Sahabat Junior ::


Group: Ahli
Posts: 19
Member No.: 54
Joined: 5-April 04



Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam
menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak
berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan
sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:"Tidur yang sedikit di waktu
tengahari (qailulah) tidaklah keji.Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:"Hendaklah
seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu
ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari.
Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap
sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap.
Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk
melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.

Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu
siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat
berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti
pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke
atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5%
pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya
kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan
masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti."
(Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker
Productivity,' from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika
kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada
waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau
' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur
tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony,
pengarang buku 'The Art of Napping at Work.'

Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di
dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and
Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell
University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20
minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.

Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur
tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail
Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang
amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti
berdasarkan kajian 25 tahun)



Wallahulam


--------------------
~*..:: keabadian inspirasi memahkotakan impian ::..*~
Top
« Next Oldest | Petua | Next Newest »
DealsFor.me - The best sales, coupons, and discounts for you

Topic Options Quick Reply




Hosted for free by InvisionFree* (Terms of Use: Updated 2/10/2010) | Powered by Invision Power Board v1.3 Final © 2003 IPS, Inc.
Page creation time: 0.1436 seconds | Archive