| · :: Komuniti JalinanMesra :: · Portal |
Help
Search
Members
Calendar
|
| Welcome Guest ( Log In | Register ) | Resend Validation Email |
| Welcome to Jalinanmesra. We hope you enjoy your visit. You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free. Join our community! If you're already a member please log in to your account to access all of our features: |
![]() ![]() |
| ak003148 |
|
![]() konoha team Group: Ahli Posts: 77 Member No.: 180 Joined: 15-June 05 |
Pada suatu hari Imam Musa Al-Kazhim hendak berwudhu’ untuk solat Subuh. Beliau menyuruh hambanya mencucurkan air wudhu’ daripada sebuah cerek. Rupa-rupanya hamba tersebut dalam keadaan mengantuk. Lalu dia tersiram air tersebut ke atas badan beliau sehingga basahlah baju beliau.Beliau pun kelihatan hendak marah. Tetapi hamba itupun sedar akan dirinya dan hilang kantuknya melihat wajah tuannya sambil membayangkan kemarahannya.
Lantas budak itu pun membaca sepotong ayat Quran berbunyi ‘wal kaziminal ghaiza’ (dan mereka yang menahan marah). Lalu beliau serta-merta sedar setelah mendengar ayat itu dan berkata ‘aku telah tahan marahku kepadamu.’ Lalu budak itu menambah ‘Wal a’fina a’ninnas’ (dan memberi maaf kepada manusia). Serentak pula beliau menjawab ‘aku maafkan kesalahanmu.’ Lalu budak itu pun melanjutkan membaca ayat itu ‘Wallahu yuhibbul muhsinin.’ (dan Allah amat cinta kepada orang yang berbuat baik). Lalu beliau menyambung pula ‘Anta hurrun liwajhillah.’ (engkau aku merdekakan daripada perbudakan, semata-mata kerana Allah). Lantas terkejut budak itu mendengar respon daripada tuannya yang tidak disangka-sangka itu. Demikianlah besarnya pengaruh ayat kepada orang yang beriman. Kononnya sebab itulah Saidina Musa, cucu Rasulullah s.a.w. keturunan Fatimah dan Ali Bin Abi Talib itu diberi gelaran ‘Al-Kazhim’ (Musa yang sanggup menahan marah). -------------------- --kepada guest yg sedang membaca tu.. sila la join---
|
![]() |
![]() ![]() |