| · :: Komuniti JalinanMesra :: · Portal |
Help
Search
Members
Calendar
|
| Welcome Guest ( Log In | Register ) | Resend Validation Email |
Join the millions that use us for their forum communities. Create your own forum today. | Welcome to Jalinanmesra. We hope you enjoy your visit. You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free. Join our community! If you're already a member please log in to your account to access all of our features: |
![]() ![]() |
| conan04 |
Posted: Jul 28 2005, 04:28 PM
|
|
:: Sahabat Mutiara :: Group: Ahli Posts: 56 Member No.: 214 Joined: 28-July 05 |
Pengertian iman dan konsepnya.
Iman dari segi bahasa membawa erti percaya. Dalam konteks penghayatannya di kalangan umat Islam, iman membawa maksud mengaku dengan lidah, membenarkan dengan hati dan mengamalkannya dengan anggota. Dalam erti kata lain bahawa seseorang yang mengaku dengan lidahnya mengenai keesaan dan kekua saan Allah, mestilah membenarkannya dengan hati dan melaksanakan segala perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya. Terdapat enam asas kepercayaan dalam amalan, cara hidup Islam yang dikenali sebagai rukun-rukun iman. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: "Iman itu ialah bahawa kamu yakin dan; percaya kepada Allah, percaya kepada malaikat-malaikat-Nya, percaya kepada kitab-kitab-Nya, percaya kepada rasul-rasul-Nya, percaya dengan kedatangan Hari Akhirat dan percaya dengan ketentuan balk dan buruk dari-Nya". Orang yang tidak percaya dan tidak yakin dengan perkara-perkara atau rukun-rukun iman tersebut adalah kafir. Orang Islam yang menafikan salah satu atau semua rukun iman dianggap murtad iaitu terkeluar daripada agama Islam. Pengertian Islam dan konsepnya. Islam daripada segi bahasa bererti sejahtera. Dalam konteks penghayatannya di kalangan umat Islam ia bermaksud menyerah diri, tunduk dan patuh melaksanakan segala perintah Allah dan membenarkan semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah. Terdapat lima perintah Allah yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan oleh seseorang Islam yang dikenali sebagai rukun-rukun Islam. Rukun-rukun Islam ini terkandung dalam sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: "Islam itu adalah bahawa engkau bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan solat, menunaikan puasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan zakat dan mengerjakan haji dia Makkah jika berkemampuan." Konsep ihsan Konsep ihsan ini telah digambarkan oleh Rasulullah dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: "Ihsan adalah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia sedang melihat kamu" Hadis ini menjelaskan bahawa ihsan itu adalah tindakan seseorang melakukan sesuatu amalan atau kebaikan kerana menyedari bahawa Allah sedang memerhatikan gerak-gerinya dan dia hanya mengharapkan balasan baik daripada Allah semata-mata. Dalam erti kata lain bahawa semua amalan kebajikan yang dilakukan adalah dengan penuh keikhlasan. Intisari hubungan antara iman, Islam dan ihsan. Setelah dijelaskan maksud iman, Islam dan ihsan, maka suatu kesimpulan dapat dibuat berdasarkan hubungan ketiga-tiganya iaitu: Seseorang yang percaya dan yakin dengan keesaan dan kekuasaan Allah (iman) akan sentiasa tunduk menerima perintah Allah dan patuh melaksanakan nya (Islam) dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan ganjaran oleh manusia (ihsan). Gabung jalin antara keyakinan terhadap Allah, kepatuhan melaksanakan perintah-Nya dan keikhlasan yang sepenuhnya akan melahirkan insan Ciri-ciri orang yang sempurna iman, Islam dan ihsannya adalah seperti berikut: Percaya dan yakin dengan kewujudan Allah dan kekuasaan-Nya. Percaya dan yakin dengan kewujudan para malaikat, kitab-kitab suci Allah, para rasul, kehadiran Hari Akhirat dan ketentuan balk dan buruk daripada Allah. Taat dan tekun melaksanakan perintah-perintah Allah seperti solat lima waktu sehari semalam, puasa sebulan di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji di Makkah. Sentiasa ikhlas dalam semua amalan yang dilakukan dan sentiasa mengharapkan hanya ganjaran daripada Allah semata-mata. -------------------- SAYANGILAH DIRI SENDIRI SEBELUM MENYAYANGI ORANG LAIN.. |

![]() |
![]() ![]() |