| · :: Komuniti JalinanMesra :: · Portal |
Help
Search
Members
Calendar
|
| Welcome Guest ( Log In | Register ) | Resend Validation Email |
![]() ![]() |
| roswary |
Posted: Jul 7 2008, 01:37 PM
|
|
:: Sahabat Junior :: Group: Ahli Posts: 2 Member No.: 724 Joined: 7-July 08 |
HArga minya dah melambung lebih dari 130 u.s setong. Peningkatan harga tertinggi dalam sejarah. Kerajaan pun dah nak kena rombak kira-kira subsidi baru untuk harga minyak. Apa yang nyata dan tidak dapat kita lari ialah, harga minyak di pasaran pasti akan naik lagi dalam masa terdekat. Pasti akan naik!! Dah tiada alasan lagi kerajaan nak tanggung subsidi yang kian meningkat. Dari sejarah kenaikan harga minyak di negara kita dah membuktikan. Walaupun kita pengeluar minyak, namun kita sendiri tidak dapat membuat apa-apa. Sebabnya ini semua adalah kawalan dari pasaran global. Kita tidak boleh buat ikut kepala sendiri ja.
Persoalannya?? Apa yang akan berlaku pada kita? Apa tindakan Yang kita harus lakukan?? Kesan ke atas kita terlalu banyak. Ekonomi kita akan semakin terjejas kesan dari kenaikan harga produk yang terlalu tinggi dan cepat di pasaran. Tetapi kenaikan kadar income kita adalah tidak selari dengan kenaikan produk. Jadi yang dah rasa selesa sekarang akan berasa kurang sedikit la.. dan yang dah memeang tersepit dengan beban keuwangan akan berasa lagi tertekan la. Info.. jangan terlalu tertekan. Sebeb stress adalah penyebab kematian terting damn penyakit yang paling tinggi di Malaysia. Apa tindakan yang boleh kita buat? Pada pendapat saya, kita sudah tidak boleh lagi berharap, bergantung pada orang lain atau kerajaan untuk membantu kita dalam masalah keuwangan ni. Sebab sejarah membuktikan yang harga barang tidak akan pernah turun untuk kurangkan bebab kita. Yang ada hanya harapan untuk mengawal pasaran agar tidak akan ada kesempatan yang akan diambil oleh golongan peniaga. Kita yang perlu tingkatkan/tambah/kukuhkan income kita sendiri. Kita yang kena pikir bagaimana nak selesaikan masalah ini. Kita yang perlu bergantung pada diri kita sendiri. Kita yang perlu tingkatkan ekonomi kita sendiri. Jadi bagaimana? Belajarlah dari ornag yang pakar denagn ekonomi dan pengurusan keuwangan. Belajar untuk duit bekerja untuk kita. Belajar bagaimana nak gandakan duit kita. Belajar buat perniagaan. Belajar untuk berubah jadi orang yang positif. Belajar untuk diri sendiri dan yakin diri sendiri pun hebat dan layak untuk jadi orang yang bebas dari masalah keuwangan. Anda semua perlu tahu, bahawa terlalu banyak mekanizem yang boleh membantu anda di luar sana. Kita perlu ubah dan buang ego kita jauh-jauh. Terima pendapat orang lain dan buka hati untuk melihat peluang ygan ada. Pasti ini semua dapat membantu kita untuk tidak lagi bergantung pada orng lain. Tetapi kita sendiri yang menentukan berapa income yang kita mahu. Pikir-pikirkan lah tenatang masa depan kita. Apa yang kita mahu dari masa depan. Kita sendiri yang menentukan bagaimana masa depan kita itu. -------------------- |
![]() |
![]() ![]() |