Title: SEORANG GADIS (NOWSEEHEARTS)
muslimahsejati - February 18, 2004 09:35 AM (GMT)
Ada seorang gadis termenung di jendela
Memikirkan nasibnya yang telah ternoda
Terpinggir terhina kerna dosa-dosa silamnya
Ibunya telah tiada begitu juga ayahnya
Mengharungi dunia tanpa pedoman di jiwa
Keliru hatinya antara syurga dan neraka
Pada siapa harus diminta secebis rasa seulit mesra
Di akhir nokhtah usia dirinya
Umurnya masih muda remaja
Tetapi leka kerana nafsu mengabuinya
Namun Tuhan masih cintakan dirinya
Walaupun dosanya selautan dunia
Mengapa harus merasa berjauhan dari Yang Esa
Sedangkan Allah sentiasa merahmati hamba-Nya
Yang sering terlupa leka dan lapa terhadapnya
Pada siapa harus diminta secebis rasa seulit mesra
Di akhir nokhtah usia dirinya
Harapannya subur kembali bukti kasih Ilahi
Syukur dia ditemukan jalan kebahagiaan
Mengukir ceria membenam segala kecewa
Khairul_Izwan - February 19, 2004 03:34 AM (GMT)
sis lagu nie sesuai untuk gadis yang macam mana??
muslimahsejati - February 19, 2004 09:40 AM (GMT)
lagu khas buat gadis2 remaja yang sekarang leka dengan dunia....
uqu - February 19, 2004 02:12 PM (GMT)
assalamualaikum....
tapi akhirnya gadis ini sedar akan kesilapanya yang lampau.... lagu ni memang best dan sesuai buat remaja yang leka dengan duniawi yang penuh dengan dugaan dan cubaan ini.
muslimahsejati - February 20, 2004 04:09 AM (GMT)
terima kasih dik uqu sebab sambungkan maksud lagu ini....
ye kesedaran bila Allah sentiasa di sisi dan sentiasa menyuruh hambanya yang telah melakukan dosa bertaubat ke jalan yang benar dan di redhai..... :)
uqu - February 20, 2004 01:32 PM (GMT)
assalamualaikum....
berdoalah kita supaya mendapat hidayah darinya...InsyaAllah :D :D :D
nusaibah - February 21, 2004 07:51 AM (GMT)
muslimahsejati - May 16, 2004 07:41 AM (GMT)
insyAllah..... <_< semakin kita meningkat usia semakin itulah cabaran dan dugaan sebagai seorang perempuan semakin berat........
uqu - September 23, 2004 01:29 PM (GMT)
assalamualaikum...
uqu kecewa banyak remaja sekarang nih semakin lupa diri... tengok jer kat shopping complex.... remaja punk...Astagfirullahala'zim.... library tempat study pun dah jadi tempat lepak.... :angry: ...marah sungguh kat manusia yang tak layk dipanggil manusia nih... Semoga mereka diberi hidayah
khAINIza - October 26, 2004 04:13 AM (GMT)
Lagu ni mmg best. Byk memberi pengajaran kepada gadis2 remaja...