View Full Version: Dialog Cinta Zaman Sains dan Teknologi

Jalinanmesra > Sekolah > Dialog Cinta Zaman Sains dan Teknologi


Title: Dialog Cinta Zaman Sains dan Teknologi


ayeshaariffin - February 10, 2004 09:46 AM (GMT)
Subject: Dialog Cinta Zaman Sains dan Teknologi
> >
> > Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah
> > jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku.
> > Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
> >
> > Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada
> > kekasih baru untuk
> > menjalankan tindak balas penggantian ke atas
> > diriku.
> >
> > Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis
> > lurus hatiku ini, kerana aku
> > dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
> >
> > Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar
> > songsang dengan kesetiaan yg
> > kuberikan.
> >
> > Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
> >
> > Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana
> > penyelesaian yang kau berikan
> > masih lagi belum sahih.
> >
> > Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga
> > di mana tindak balas cintaku
> > bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
> >
> > Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui
> > bahawa kau adalah 'random' yg
> > mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara
> > rawak.
> >
> > Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui
> > proses pencaran dan
> > perolakan.
> >
> > Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh
> > perkahwinan kita mengalami
> > rintangan?
> >
> > Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras
> > untuk mengurangkan
> > rintangan itu.
> >
> > Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
> >
> > Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya
> > nanti dapat dilihat dengan
> > menggunakan mikroskop cahaya.
> >
> > Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih
> > aktif dan bertindak balas
> > dengannya.
> >
> > Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi
> > dan haruslah menggunakan
> > hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk
> > menyelesaikannya.
> >
> > Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam
> > magnitud
> > dan arahnya sekali. Masihkah
> > kau tidak percaye?
> >
> > Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu
> > dalam bentuk lazim.
> >
> > Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu
> > ialah
> > tempoh perkahwinan kita
> > harus mengalami pecutan yg seragam.
> >
> > Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5
> > dari iman.
> >
> > Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!
> >
> > Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti
> > kerana kau blum mendarabkannya
> > dengan 6x10'23.
> >
> > Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti
> > bila tekanan ku melebihi
> > tekanan udara, kau jugakk yg susah kerana aku
> > akan mengalami hemolisis.
> >
> > Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku
> > telah mengalami plasmolis.
> >
> > Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku
> > sangkakan kau intan, tetapi
> > rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.
> > Biarkan aku sendirian........
> >

Mohd_Nazrul - April 15, 2004 07:55 AM (GMT)
:D

Uh.... Pandai awak bersyarah.... O.klah... kalau bagaimanapun jadikanlah dialog ini sebagai renungan....

:D

amiratullyzzatunnajihah - June 4, 2006 12:44 PM (GMT)
bercinta dalam makmal ker?hehe




* Hosted for free by zIFBoards