View Full Version: "Kalau saya join Mymode, berapa saya boleh dapat?"

Jalinanmesra > Isu Semasa > "Kalau saya join Mymode, berapa saya boleh dapat?"


Title: "Kalau saya join Mymode, berapa saya boleh dapat?"


hani2008 - February 27, 2008 11:58 PM (GMT)
Ini adalah satu soalan yang paling popular bila saya ajak orang
cari duit lebih melalui MyMode

"Kalau saya join Mymode, berapa saya boleh dapat?"

Terus terang, saya memang tak boleh jawab soalan ini kerana saya
bukan tuhan. Saya cuma boleh kata,"Tuan, dalam Mymode, ada agen yang
boleh dapat sampai berpuluh ribu sebulan, tetapi ada juga yang masuk
tak buat apa-apa, dan tak dapat apa-apa.

Jadi soalan sebenarnya, saya yang patut tanya tuan, tuan join kerana
tuan nak dapat pendapatan yang macamana?, dan saya boleh tunjukkan
jalan bagaimana untuk mencapainya, insya-Allah" . Ini kerana kita
usahawan.

Bukan kita bermain skim cepat kaya. Seperti juga buka kedai makan,
bolehkah saya tanya pada peniaga restoran, "Kalau saya buka kedai
makan, berapa saya boleh dapat?". Sedangkan hakikatnya ada juga
orang yang buka kedai makan, tak sampai 2 bulan, akhirnya gulung
tikar. Tetapi bolehkah kita kata 'Buka kedai makan, tidak bagus?'

Jadi sekiranya tuan-tuan, puan-puan nak cari roll model di dalam
Mymode ini, maka lihatlah kepada mereka yang berjaya. Lihat, dan
tiru langkahnya. Janganlah lihat yang pada yang gagal. Jika dia
gagal, adakah anda juga akan gagal?

Jika dari awal mind setting sudah set begini, maka akan jadi
susahlah. Sedangkan perniagaan ini amat mudah untuk dilakukan.
Tak sampai 5% dari kerja yang dilakukan untuk menjalankan kedai
makan, tak sampai 1% modal yang diperlukan untuk membuka kedai
pakaian, atau apa saja perbandingan lain.

Tetapi saya tak kata, anda join, tidur, dan anda akan dapat duit.
Mungkin akan sampai masanya untuk keadaan jadi begitu, tetapi bukan
sekarang. Perjalanan kita agak jauh. Jika anda selesa dengan 'Rezeki
secupak, biarlah kekal secupak', maka tak perlulah anda terus
membaca email ini.

Ada 3 kategori orang yang berada didalam Mymode.
Pilihlah anda nak berada di kategori mana:

1) Paling malas. Saya nak pakai sendiri je

Mungkin untung anda tidak banyak. Dari pembelian topup RM30, anda
mungkin hanya akan dapat 60-80sen. Tetapi lihatlah pada faedah lain
yang anda bakal perolehi.Tak perlu start motor pergi kedai nak beli
topup

Tak perlu ke hulu-ke hilir cari kedai yg bukak pukul 12 malam bila
time emergency.... dan lagi, selama bertahun-tahun sebelum ini anda
membeli topup dikedai, berapa ratus yang anda dapat dari tokey
kedai handphone? usahkan ratus... 20sen pun belum tentu. Nak tambah
malang lagi, prepaid RM10, pun kena bayar RM10.50.

2) Paling senang. Saya nak menjual

Margin keuntungan dalam penjualan prepaid topup memang agak kecil.
Tapi bandingkan pula kelebihannya berbanding peniaga kad prepaid
secara konvensional. Mereka perlukan modal yang besar bagi
mengadakan stok untuk setiap jenis prepaid kad.

Paling tidak 50 keping maxis RM10, 20 keping maxis RM30, 10 keping
Maxis RM60, 50 keping celcom RM10, 30 keping celcom RM20 dan
sebagainya. Ini kerana pelanggan minta macam-macam. Ada yg nak beli
RM10 je. Ada pula nak beli yang RM50.

Untuk ini sahaja modalnya dah dekat RM2000 - RM3000. Belum campur
sewa kedai, lesen meniaga, dan masa yang dihabiskan untuk tercongok
di depan kedai tersebut.

Dalam Mymode, kalau modal RM100, anda jual produk yg boleh dibeli
dengan modal tersebut. Dapat cash, rolling je semula. 24jam, kedai
bergerak mengikut kemana sahaja kaki anda melangkah. Anda tak perlu
cerita panjang lebar tentang produk yang anda jual kerana semua
orang dah tahu pasal prepaid. Tak perlu buat produk demo macam
MLM lain.

3) Paling menguntungkan. Kembangkan jaringan (networking)
disamping guna sendiri/menjual.

Inilah yang saya lakukan. Jika anda buka kedai makan, maksimum boleh
dapat dalam sehari katakan RM2000. Itupun jika buka 24jam. Jadi
macamana nak jadikan keuntungannya jadi RM4000 sehari?
Tambah pekerja? Tambah kerusi? Tambah menu masakan?

Caranya adalah dengan membuka lagi satu cawangan dikawasan lain!
Bayangkan jika anda mempunyai 100 cawangan kedai makan diseluruh
Malaysia, berapa keuntungan yg anda bakal perolehi dalam sehari?
Ini merupakan salah satu konsep jaringan perniagaan.

Francais. Networking. Multi level Marketing. Ni bila kata kena cari
downline, kata sistem itu sistem piramid. Sistem itu perah keringat
orang bawah untuk mengayakan orang atas. Itu silap.

Jika anda merasakan seperti itu, maka apa pula alasannya anda
bekerja dikilang? Bukankah untuk membuatkan tokey kilang lebih kaya?
Sedangkan dalam Mymode, pendapatan downline boleh melebihi
pendapatan penaja/upline-nya.

Adakah anda pernah dengar gaji pekerja kilang lebih tinggi dari
tokey kilang? Pernah dengar gaji operator lebih tinggi dari gaji
supervisor? Tidak kan? Jadi yang mana satu sebenarnya sistem piramid?

Jadi fikirkanlah dengan baik, adakah anda masih mahu melepaskan
peluang ini begitu saja, setidak-tidaknya berilah peluang kepada
diri anda untuk mencuba dulu.

Adakah dengan mengeluarkan modal RM65 (RM54 sebenarnya) boleh
membuatkan anda jatuh miskin atau bankrap. Siapa tahu dengan modal
sekecil ini anda mampu mengubah keseluruhan hidup nanti. Jangan
mengaku kalah sebelum anda mencuba.

sms 0134072914
http://Prepaid4U.Net/?id=hani2008




* Hosted for free by InvisionFree